Popular Posts

Saturday, September 3, 2011

SEMARAKKAN HARI MERDEKA 2011


SEMARAKKAN HARI MERDEKA 2011
Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) sangat berbangga dengan kesungguhan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dalam usaha murni kementerian ini menganjurkan pelbagai kempen mengibarkan Jalur Gemilang dalam usaha menanam sifat sayangkan Negara. Semangat patriotik ini perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai Contoh, Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang telah diadakan oleh kementerian ini di Kota Kinabalu dengan kerjasama Biro Tata Negara. Selain itu, melalui siaran televisyen juga terdapat pelbagai iklan yang berunsurkan semangat patriotisma. Sehubungan dengan itu, kami dari Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) ingin menyeru semua rakyat Malaysia agar menyambut baik usaha dan kesungguhan kementerian dan kerajaan dalam menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Walaupun majoriti masyarakat Malaysia pada bulan ini menjalani ibadah puasa, ini bukan alasan untuk menghalang kita bagi menunjukkan dan membuktikan semangat cinta akan negara. Kita perlu menghargai nilai dan nikmat kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini.
Selain itu, Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) dibawah Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) juga turut menyambut seruan kerajaan dalam usaha menyemarakkan semangat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekretariat Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) telah menganjurkan SKM Photography Contest menerusi laman sosial Facebook yang akan berakhir pada 22 Ogos 2011 nanti. Pertandingan ini boleh dilihat di laman facebook iaitu http://www.facebook.com/ SuaraKeamananMahasiswa. Pertandingan ini telah mendapat perhatian ramai. Dengan bertemakan “Malaysia Aman dan Harmoni”,  pertandingan ini telah mendapat maklum balas yang baik sama ada dari golongan mahasiswa mahupun sebaliknya. Menerusi pertandingan ini, ia secara tidak langsung dapat menarik perhatian rakyat akan kepentingan keamanan dan keharmonian negara sempena bulan kemerdekaan.
Usaha dan inisiatif Sekretarian Suara Keamanan Mahasiswa (SKM) ini sekaligus dapat menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan seterusnya dapat mengukuhkan lagi semangat patriotisma dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) berharap dalam usaha menyemarakkan Bulan Kemerdekaan, ia akan mendapat perhatian semua pihak. Diharapkan agar agensi kerajaan dan pertubuhan kerajaan (NGO) juga dapat mengambil langkah bagi merealisasikan usaha dalam sambutan kemerdekaan negara kita.
SETIAUSAHA AGUNG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA (KARISMA)
017-4098156

No comments:

Post a Comment