Popular Posts

Wednesday, January 5, 2011

BeRmUlaNya KuLiaH SeMesteR Ke-6...huhu...

5 Januari 2011 (Rabu)


Bermula semester baru...huhu... semangat3x... nk belajar.. meneruskan pengajianku... dh sem 6 dah.. waa, x sabar nk habis belajar.. nk keja plak...nk menempuhi alam pekerjaa....hehhe

Hmm... hr isnin...kelas 1st yang aku masuk... Pengujian Penilaian... statement paling beshhh dr pensyarah nie yang paling aku setujuuuu n paling sokong 103% ialah "hari pertama x baek untuk kuliah".. aku menyahut dengan kuat...setujuuu....hehe... betul laa.. hr pertama mane ade pensyarah rajin bebeno nk mengajar... dorg nie dtg, kasi sinopsis kursus, terangkan serba sikit tentang subjek tu, bg manual amali, bg rancangan pengajaran utk amali n kuliah...bg attendant.. n kelas pn habis la setakat itu... ni yg aku syok giller utk kelas awal2 nie... x yah pening2 kepala lg...boleh relaks lg laa kan...

Subjek kedua plak yg aku attend ialah Asas Bimbingan Kaunseling...hmmm, lecturer nie pn ade statement best dr die jg... hmmm, ape..?? aku saje yang tau... n kata2 die tu akan terus melekat dlm kepala otak aku... heheh... maybe rakan2 sekelas yg laen pn akak ingat jg...tp terpulang kepada mereka laa... itu hak individu.. tp aku, aku akan ingat... n lecturer nie laen cikit... ada beberapa benda yangaku suka pasal die.... die suruh kami semua menulis serba sedikit "benda yang memang aku x terfikir n x pernah buat"... tp bila difikirkan logik akal, bagus jg laa.. aku sendiri pn br tahu apa kelemahan dan kelebihan aku...dpt plak berfikir dlm masa yang singkat secara spotan...  

Seterusnya di lalui ngn subjek Kaedah Mengajar Kemahiran Hidup... pensyarah yang sangat sempoi ku kira... n sangat x sayang mulut... n x pasal2 plak aku kena jadi ketua kelas... utk 3 tahun aku di UPM, nie la 1st time aku jadi ketua kelas....huhu...buka selama nie aku x nk jd ketu kelas, tp mmg secara jujurnya aku nk kasi peluang kt kosmate aku yg x berapa nk aktif kt kolej n kt u...bg masa utk dorg belajar...bg peluang utk dorg jadi pemimpin...jd ketua...hehehe...

Dan seterusnya...subjek Penyelidikan Pendidikan... best jgak pensyarah nie... lemah lembut... dalam kelembutan ada ketegasan.. ada nasihat2 yang sangat baek pada pendapat aku...apa yang baek dari kata2nya aku ambil...salin dalam buku nota...n jdkan panduan...ececehh....heheh... & aku risau bila masuk bab Ujian 1... bukan menjadi kerisauan aku sorg jer, malah teman2 juga...n rakan2 sekolej...nape x nyer... tarikh ujian 1 utk subjek nie 19 Februari 2011, pukul 8 mlm... kan aku ada annual dinner... aku siap jd pengarah lg...n bila pensyarah nie buka peluang it student bertanyakan soalan, aku pn angkat tangan... nyatakan masalah aku...n pensyarah tersebut menjawab "baeklah, saya akan berbincang dahulu dengan pensyarah dr kumpulan laen..jangan risau, setiap masalah mesti ada penyelesaian... kalau x dapat tukar tarikh, kita awalkan atau lewatkan tarik ujian tersebut untuk kumpulan kamu sahaja...".....
oke...terima kasih Dr...jawab aku pantas....hehhe...huh, lega hati den.....naseb baek...kurang sikit kekepeningan dlm kepala otak aku nie...alhamdulillah....syukur sangat2....


& harinie, 5 jan 11, aku masuk kelas Teknologi Pendidikan...pensyarah yang baek jgk...lembut je org nye... tp hrnie aku catat rekod masuk kelas lewat 15 minit...heheh... sbb ape, sempat lg g breakfast kt cafe FPP...ngn cik Bayti la, sape lg...hehhehe... hmmm... teknopen...sekali dengar mcm best..sekali dengar mcm susah...hmm, mmg la agak susah, bnyk kerja kursus kena wat...bnyak projek utk subjek nie... kena reka n buat bahan/ alat bantu mengajar...belajar teknologi atau kaedah menggunakan kamera...time nie la timbul keinginan nk beli Camera AEOS nie...kalau ade duwet RM3000, compem aku beli kamera nie....hehe....

mlm nie akan diadakan 1st meting ngn AJK MMMR 2011... berdebar sungguh hati aku...hehhe... so, siapkan keja n wat persiapan serba sikit...

n bila dpt masej ttng isu Suhaimi Shafie menghina Sultan Selangor, timbul iden n cetusan utk aku menulis n mengomen tindakan kurang bijak merangkap kurang ajar beliau...dh siap wat artikel tu, aku sent melalui e-mel kpd Utusan dan juga Berita Harian...x lupa kepada Kosmo...aku hantar melalui ruangan pendapat, rencana dan juga forum.... hmm...kalau naseb baek n ade rezeki ditambah dengan dorg rasa artikel aku bagus dr segi gaya bahasa & isi serta pengolahan, insyaallah keluar la kat akhbr mana yang tersebut diatas td...tp kalau xde rezeki aku, aku dah cuba yang terbaek...n aku ada simpanan sendiri... n at least aku dh meluahkan pendapat aku... heheh...selaku mahasiswa berkarisma yang menolak kenyataan mahasiswa lesu dan bisu....huhu....

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS SUHAIMI


Tindakan tegas perlu di ambil ke atas Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda yang telah menghina dan mencabar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tindakan kurang ajar Suhaimi yang mempertikai dan mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin untuk  jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia merupakan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut.
Suhaimi melalui penulisannya yang ditulis dalam blognya yang berbunyi “Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan!” Melalui penulisan ini jelas menunjukkan bahawa ADUN Sri Muda ini telah bertindak kurang ajar terhadap institusi Raja-raja. Suhaimi juga telah memperlekehkan nasihat Tuanku supaya Yayasan Selangor lebih prihatin dalam menguruskan kewangannya dan memberikan fokus ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya. Kenyataan Suhaimi ini dilihat seolah-olah Tuanku Sultan Selangor tidak tahu apa-apa tentang perkembangan negeri Selangor. Tindakan berani Suhaimi ini pada pendapat saya adalah satu kebiadaban dan pendurhakaan terhadap institusi Raja-raja di Malyasi. Atas tanggungjawab rakyat Malaysia dan berpegang kepada prinsip rukun Negara yang ke-2, iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”, kami Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) amat kecewa dengan tindakan tersebut. Kenyataan Suhaimi ini telah menghina serta menderhaka kepada institusi raja di Selangor. Saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap institusi Raja-raja Melayu, khususnya KDYMM Sultan Selangor. Suhaimi juga telah menghasut rakyat untuk memerangi  dan bencikan institusi diraja Selangor. 
Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku. Hal ini kerana, Suhaimi sebagai orang Melayu seharusnya lebih memahami akan peranan Institusi Raja-raja Melayu di negara kita dan sewajarya beliau menghormati institusi ini dan bukannya bertindak membelakangkan Raja-raja Melayu. Tidakkah beliau memahami prinsip-Rukun Negara yang kedua ini?? Prinsip ini secara terang lagi bersuluh mengkehendaki rakyat Malaysia walau apa jua kaum untuk taat setia dan patuh kepada Institusi Raja-raja Melayu. Hal ini kerana Institusi Raja Melayu merupakan “payung negara” dan sangat penting dalam menjamin kestabilan negara yang menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan kepercayaan agama. Kefahaman tentang perkara ini sangat penting untuk menjamin ‘survival’ orang Melayu dan merupakan lambang perpaduan rakyat. Perpaduan merupakan matlamat penting bagi negara kita.Tanpa perpaduan, pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan dengan lanca dan mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman dari dalam dan luar negara.

SHAFIDAH SAAD
SETIAUSAHA AGONG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA
(KARISMA KEBANGSAAN)
“MAHASISWA BERKARISMA, PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”