Popular Posts

Friday, March 11, 2011

Apa Yang Aku Rasai Pada Waktu Dan Ketika Ini

Sedih… kecewa dgn diri sendiri… nape…?? Sbb ade tugasan dan tanggungjawab, tp x boleh lakukan dgn sebaik mungkin…. Hmmmm…. Rasa nk terjun bangunan 44 tingkat ajer… tp naseb baek la kt kolej nie ada bangunan 4 tingkat ajer… kalau x, nk gak aku tryyyy…… huhuu….
Cm ne ek nk tenangkan hati yg resah & gelisah nie…. Hmmm…. Waa… ade masa lg, nk cr mutiara kata laa… wat pengubat hati yg luka lara nie…. Hehehe….
So…I pn search laa… mutiara kata… sambil mendengar lagu-lagu Maher Zain…. Tenang sikit perasaan ini…
Nie antara yg I rasa sesuai dgn hati & perasaan I masa dan ketika ini….


Terima kasih kpd sape yg memahami n mengetahui situasi saya ketika ini…. Hanya tuhan yg tahu…
 Kem Rakan Siswa Jasa (KARISMA UPM) akan berlangsung hr ini... hanya beberapa jam saje lg... huhu....
1st trip bas dh gerak.... dh gerak pkul 3 ptg.. aku kena tggu lg 3 org peserta yg ade exm... nnt aku n lg 3 org peserta gerak naek keta ng Mr. Naim, Presiden Karisma..
..
Sayang Karisma... sayang Karisma Putra.... kelab ini tertubuh di UPM adalah dengan hasil dan usaha aku... turun nek BHEP... hmmmm

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati. Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yg menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya..

Keimanan menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhidmdan hiburan bagi orang-orang yang ahgli ibadah. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram, dosa akan diabaikan, Allah akan menjadi
ridha, dan tekanan hidup akan terasa ringan.

Buku adalah kawan yang paling baik. Bercakap-cakaplah dengan buku, bersahabatlah dengan ilmu, dan bertemanlah dengan pengetahuan. Ketahuilah bahawa kesusahan itu akan membuka pendengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mendewasakan jiwa, mengingatkan hamba dan menambah pahala.

Balaslah perbuatan yang baik dengan yang lebih baik. Berbuat baiklah kepada sesama, padamkan semua api
permusuhan, berdamailah dengan musuh, dan perbanyaklah kawan.

Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan mengubur aib-aib, ketabahan itu akan menjadi penutup bagi kekeliruan, dan kedermawanan itu adalah pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.

Bersikaplah sopan dalam majlis, diam kecuali untuk satu kebaikan, dengan wajah berseri penuh rasa hormat kepada
sesama majlis, mendengar apa yang mereka bicarakan, dan jangan sekali-kali memotong percakapan mereka.

Makanan adalah kebahagiaan untuk sehari, perjalanan adalah kebahagiaan untuk seminggu, pernikahan adalah
kebahagiaan untuk sebulan, harta adalah kebahagiaan untuk setahun, dan keimanan kebahagiaan untuk seumur hidup.

Orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman, dan akhlaknya disepuh oleh kebaikan, akan menerima kecintaan dari Allah.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN
APA YANG DIIMAGINASI "

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu
adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh
membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik
berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman
seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima
penderitaan. (Harieta Wahab)





Maaf sangat3x kpd sesape yg telah terlibat dlm hal ini.... x terniat nk menyusahkan korunk semua.... 
ini mungkin kelemahan aku... kelemahan memimpin sebuah organisasi.... 
rasa nk letak jer jawatan... x nk terikat ngn ape2 lg lepas nie... biaralah aku hanya menumpukan sepenuh perhatian pd pelajaran.... itu yg lebih penting....
&
 menumpukan tugas n tanggungjawab pd Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor, UPM....
x perlu bersusah payah berkejar2 pd sesuatu yg x pasti... hmmm...
penat jg kadang2 kalau asyik terima bakul ajer....
hmmm... tp aku sedar, bakul2 ITU lah yg kadang2 mendidik aku...
mengajar sesuatu yg aku x tahu...
tp...
manusi.... perempuan... kadang2 emosi ini x tertahan jg kalau asyik kena "sound" ajer....
hmmm... ape2 pn... bersabar la... utk kem ini....
& lepas habis kem nie... aku akan membuat keputusan yg aku rasa agak mendadak....
ape...??
tggu la habis kem nnt....
keputusan in terpaksa aku lakukan utk kebaikan semua org....
keputusan yg aku rasa aku sepatutnya buat dan bertindak 3 mggu lpas... 
selepas peristiwa yg yg paling penting dalam hidup aku....



walau ape pn.... aku sentiasa menyokong gagasan kerajaan 1 Malaysia...
walaupun aku tidak lg berada dalam KARISMA...
aku akan sentiasa menyokong 1 Malaysia... begitu juga KARISMA....