Popular Posts

Tuesday, March 13, 2012

Angan2 membatasi Impian

Setiap manusia ada impian dan cita-cita sendiri. Impian itu lah yang buat kita lebih bersemangat untuk lalui hari-hari yang mendatang..

Impian ni biasanya suatu yang kita impikan, means bukan something yang kita letakkan target dalam hidup. Dan biasanya impian ni suatu yang jauh dari kemampuan kita.

Cita-cita pulak biasanya sasaran dalam hidup kita, apa yang kita nak tuju. Kita akan tanam cita-cita bila kita dah tahu kemampuan kita. Dan biasanya semua orang akan berusaha bersungguh-sungguh nak capai cita-cita.

Sejak dari kecil, kita telah mencipta pelbagai matlamat dan tujuan hidup untuk masa depan kita. Kita membina dengan perasaan penuh harapan dan gembira. Membayangkan segalanya berlaku dengan indah. Tapi kita lupa, bahawa kita sebagai manusia hanya mampu merancang~

Merancang perkara baik dan optimis untuk masa depan adalah perlu. Tetapi perancangan itu mestilah rasional dan dibuat berdasarkan kemampuan kita.

Berfikir luar biasa juga perlu. Tetapi juga mestilah rasional dan memikirkannya secara nyata. Bukan sekadar merancang dan membayangkan perkara tersebut terjadi di awang-awangan tanpa berfikir apakah yang perlu kita lakukan untuk ianya betul-betul terjadi dan juga risiko jika ianya gagal dicapai.

Selalunya, semasa masih di bangku sekolah kita tidak berapa nampak apakah perancangan sesuai untuk masa depan kita. Kita hanya akan nampak masa depan kita dan langkah yang perlu diambil selepas tamat alam persekolahan. Dan sekarang, aku lebih jelas apakah tindakan yang perlu aku ambil sesuai dengan kemampuan diri aku untuk merancang masa depan. Bukan seperti 4 tahun lalu, memohon untuk memasuki Asasi di UM, UIA padahal SPM 7A jerr... Tak realistik!!!
Cita-cita dan impian bermula dengan keinginan dalam diri yang tidak dibataskan oleh kekurangan atau kelemahan diri. Maksud saya, jika anda mahu mencapai sesuatu, anda mungkin kurang rasa bersemangat kerana anda rasa anda ada banyak kelemahan seperti tidak pandai, tidak bijak, tidak ada ramai kawan, keluarga miskin dan tidak berpelajaran, tidak sihat dan sebagainya. Ini semua adalah satu halangan yang cuma wujud di minda anda. Jika anda mahu mencapai sesuatu yang hebat, anda perlu ketepikan semua halangan ini dan yakin bahawa anda boleh mencapai apa sahaja dengan izin Allah. Setelah anda ketepikan semua halangan ini, fikirkan dengan tenang, apa yang benar-benar anda ingin capai dalam hidup anda.
Satu perkara yang biasa saya dengar, anda mungkin kata bahawa anda tidak tahu apa yang anda mahu capai. Anda tidak tahu nak jadi apa. Anda tak tau apa yang patut anda lakukan di masa akan datang. Tidak mengapa, itu adalah normal. Anda mungkin tidak dapat menjawab soalan ini dengan serta merta. Caranya ialah, anda mesti mula berfikir tentang soalan ini iaitu: Apa yang benar-benar ingin anda capai dalam hidup anda?

Apabila anda mula berfikir, minda anda akan membantu anda mencari jawapannya. Minda anda akan jadi lebih cergas dalam mencari jawapan yang anda perlukan. Anda akan mula sedar akan peluang-peluang yang ada disekeliling anda. Jangan risau jika anda lambat mendapat jawapannya. Teruskan berfikir. Walaupun jawapan itu mengambil masa yang lama untuk sampai kepada anda, ia pasti akan sampai juga…