Popular Posts

Thursday, December 30, 2010

SupPorTer yANg Baek uTk Malaysia

~ Semangat Bola Betul ~

Dh lama rasenya x berkesempatan menulis di blog aku nie... maklumlah kuliah akan bermula x lama lagi... hanay ada beberapa hari sahaja lagi.... wah, semangat tahun baru nie...azam baru....

Hmm... sekarang nie tengah perang bola sepak... Piala Suzuki... haa, aku pn join sekali oke... semangat bola betul.... aku antara berpuluh2 ribu penyokong bola sepak negara kita oke.. Harimau Malaya.... hmmm, nak tau, aku pn join gak kengkawan KARISMA KEBANGSAAN ke stadium Bukit Jalil, utk menyaksikan perlawanan akhir nie.... hmm...best giler arrr... bersorak sakan aku... semangat bola, mcm kecik2 dulu... dh x ingat laa, bila last masuk stadium tgok perlawanan bola....hahaha.... tp yang penting aku selalu masuk stadium oke...walaupn budak pompuan, aku minat bola.... & aku selalu masuk stadium utk training olahraga.... time sekolah rendah dulu, cikgu2 sukan sekolah aku akan bawa semua atlit sekolah utk training kt stadium... utk membiasakan diri dengan orang ramai n berjumpa atlit dari sekolah2 laen.... daerah2 laen... ingt lg situasi aku berlatih kt stadium dulo2, time kecik2, time kurus2 dulo2.... lari 100m, 200m, 400m & 4x100m, 4x400m....n acara yang paling aku suka mestila lompat pagar...lompat pagar 100m....weh, aku antara sorang bdak pompuan yang main lompat pagar weh...hmm...sekali sekala jatuh gak, tp itu x mematahkan semangat kesukanan akau... n aku gak pernah maen nettball & handball..... & aku jgak pernah mendapat naib johan badminton peringkat sekolah k...woo bangga gak aarrr time tu, walaupun dh nk exm UPSR, aku maen gak, sbb aku minat sgt badminton nie.... huhuuu... itu pengalaman sukan time sekolah dulo2 laa...

n sambung balik ceciter pasal bola sepak nie... team kat Malaysia yg aku sokong, hmmm sudah semestinye laa team ngri kesayangan aku...negeri tempat aku di lahirkan...negeri jelapang padi... jelapang padi la sgt, tp selangor still no 1 pengeluaran beras malaysia, haish, x boleh jd nie... ee, melalut plak, smbg balik citer pasal bola sepak.... haa, aku g tgok perlawanan akhir bola Piala Suzuki nie ngan member KARSIMARIAN aku lerr... sape lg...ajaq bdak2 kolej, dh kompem2 dorg x nk... x nk bersesak2 kr komuter, kt lrt, kt stadium... tp ape aku kisah, yg pntg bg aku, kepuasan menyaksikan perlawanan akhir Malaysia-Indonesia scr live kt stadium.... hmm...mmg best, walaypun terpaksa berhimpit2 kt komuter pd ptg teserbut... terpaksa terlepas lrt sbnyk 4 kali, namun itu x mematahkan semangat aku...hahaha....

Akhirnye, sampai gak aku di stadium... sempat lg g bershopping kt c2...haa, ape lag, beli jersi Malaysia la beb...n barang2 utk menyokong team Malaysia nnt....hehehe...padehal dh suruh En Dayad belikan jersi Malaysia...hmm, tp tu warna biru yg beharga RM60...aku pn nk gak tambah koleksi jersi aku gak, so aku pn melaburlah lg RM50, aku beli lak jersi warna kuning hitam....hehe...jejalan ngn En Sam kt are stadium...sambil makan angin petang...angin la sgt kan, mane ade angin, ramai bebeno manusia, bau asap rokok ade arr... hmm...lama jgk nk menunggu En Dayad, En Mior n En UzeY bErGAya nie sampai.. bile den call x polak diangkatnye telepon itu, bile di masej, x polak di reply masej den... aduayai...lama gak den n En Sam menunggu...dah kering tegak den nie wahai encik2 lalaki... dh dua botol air mineral den habiskan nie...

Sesambil menunggu kalian, aku n En Sam, pn jalan2 laa... tgok org ramai merangkap penyokong2 fanatik bola sepak ngra, Harimau Malaya membuat sorakan n nyanyian lagu2 semangat...saje je nk bg penyokong2 skuad garuda jeles kan.. so, aku pn join jgak dorg nie...dr satu tmpat ke satu tempat aku n En Sam bergerak.... aku smpat gak merekod n ambil gmbr kelibat yg menarik penyokong2 Malaysia nie... best gak kadang2 dpt tgok...best sgt2.. pengalaman nie akau sendiri yang merasainya...boleh tulis dalam diari harian nie... utk wat bekalan nk ceciter kt anak cucu esok2... heheh....

Aku smpat snap gak kesesakan di LRT Bkt Jalil 









Team KARISMARIAN 


FiddoT 


& kita sambung ceciter pasal bola sepak lg oke... hmmm, utk perlawanan akhir yg ke-2 mula2 aku plan nk tgok kt tv kt PKP kolej aku aje.... tup2 dpt panggilan dr fasi Karisma... die ajak g tgok bole sesama ngn bebudak Karisma yg laen....hmmm sape lg kalau x bukan En Dayad n En UZey bErGaYa laa... hmm... destinasi...?? mane2 jela... aku ikut aje... best gak kalau dpt lepak sesama2 nie... hmm, so malam nie pakai baju kuning plak ye Cik Fiddot...heheh...semangat bola bebetul pompuan sorg nie...




   
En DayaD~AbgAji~UzeY bErGaYa











Abg Aji, gembira bercambur sedih... 
14 tahun kemarau kejuaraan Piala Suzuki, akhirnya kemenangan milik Harimau Malays

& smbg ceciter lg ek... syok2 tgok bola...dpt panggilan dr member aku, ajak 2 KLIA esok...nk sambaut player2 Malaysia... sambut wira2 tanahair... so, tanpa berfikir panjang, aku jawab, oke, kompem aku join... tq ajak aku kawan...ko mmg terbaek laa.... hehhe...so, lg satu benda best akan berlaku dlm hidup aku esok hr...menyambut wira2 ngra tercinta....hehehe....nie la gmbr yg sempat aku snap time kt sane.... saksikanlah, walaupn aku tau, aku x lah berseni sangat dlm mengambil gmbr nie...



Team supporter Kolej Canselor 






lepak smbil tggu lg sejam player Malaysia nk sampai 







Wira2 negara Malaysia... tahniah kalian...
Harimau Malaya menggaum lg...

** Inilah wajah supporter sukan bola sepak negara... bangga x aku...hehehe...**


CiNtA keRaNa ALLAH ~menurut Imam Al-Ghazali ~

~PeDoMaN AgAmA~

Cinta yang hakiki, yang berdasarkan kerana ALLAH semata-mata, ialah apabila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya.  Misal cinta ini ialah cinta seorang murid kepada gurunya. Disebabkan menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya dan dengan ilmu itu maka si murid bakal mendapat keselamatan di akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana ALLAH semata-mata.

Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan ALLAH, atau orang yang suka mengundang tetamu ke rumahnya, lalu dihidangkan makanan lazat, semata-mata ingin mendekatkan diri depada ALLAH. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat, cinta ini dikira sebagai cinta kepada ALLAH.

Contoh yang lain lagi misalnya seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kepada ALLAH juga. Atau orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya dan memasak makananya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senang ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan lain sedang tujuan utama dari pekerjaan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakan ibadat, maka ia juga terkira pencipta kerana ALLAH.

Begitu juga, jika ia mencintai seseorang kerana orang itu mencukupi keperluannya dari segi wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk kehidupan di dunia, sedang maksud dari penderma itu supaya ia dapat melapangkan dirinya untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH, maka cintanya itu dikira kerana ALLAH juga.

Jika seseorang lelaki itu menikahi seorang wanita yang solehah untuk melindungi dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya atau untuk menginginkan seorang anak yang soleh dari pernikahan itu, atau dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci seperti contoh-contoh yang disebut diatas tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana ALLAH.

Bukan menjadi syarat-syarat cinta kerana ALLAH itu, kita mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali sebab para Nabi sering menyeru kita berdoa, agar ALLAH mencukupkan kedua-dua keperluan kita didunia dan akhirat.

Bila cinta kita kepada ALLAH menjadi kukuh, nescaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka menbantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.

Abu Bakar As-Siddiq, beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah sedangkan Aisyah itu cahaya matanya, kemudian dibelanjakan semua hartanya kerana ALLAH.

Dengan itu, disimpulkan, bahawasanya sesiapa yang mencintai orang alim atau adib, ataupun mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masa beribadat atau membuat kebajikan, makan yakinlah bahawasanya ia mencintaiya itu kerana ALLAH, dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari ALLAH menurut kadar kekuatan cintanya itu.