Popular Posts

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

BAHAYA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan sebuah perhimpunan haram yang bertujuan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya negara yang kononnya dikatakan tidak bersih dan tidak adil. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan ketelusan SPR di dalam mengawal selia proses pengundian. Sebagai contoh, sewaktu Pilihanraya ke-11 (2004-2008) di negeri Kelantan, kedudukan kerusi DUN 24 PAS - 23 BN.         Dengan lebihan kemenangan satu kerusi di DUN Kemuning yang bermajoriti dua undi sahaja, PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Seandainya tiada ketulusan dan keadilan di dalam sistem pilihanraya negara, sudah pasti BN akan memanipulasi majoriti undi yang sedikit ini sekaligus menakluk negeri Kelantan. Hakikatnya perbuatan terkutuk ini sama sekali tidak berlaku. Pada PRU-12 yang lalu, Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri sebelum Perak diambil alih oleh BN dek kerana YB dari Pakatan Rakyat bertindak ‘lompat parti’ menyertai Bebas. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya yang telah dijalakankan, seharusnya mereka membubarkan DUN di negeri-negeri yang mereka takluki dan mengadakan proses pemilihan semula. Namun demikian, situasi ini tidak terjadi kerana segala omongan jahat mereka hanyalah retorik semata.  
Dalam tempoh dua bulan, Mei-Jun 2011, Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing dalam nilai dagangan melalui pelaburan biomas di Malaysia, sehingga tahun 2020 adalah RM 100 bilion. Selain itu, nilai pelaburan Amerika Syarikat untuk tahun 2009 sebanyak RM109.21 bilion manakala untuk tahun 2010 pula sejumlah RM 117.32 bilion dan dijangka terus meningkat untuk tahun 2011 sebanyak RM125 bilion. Kesemua figura di atas tidak akan mampu dicapai jika negara berada di dalam keadaan tidak tenang dan huru hara kerana sudah terang lagi bersuluh para pelabur tentu akan berasa bimbang dan takut akan kerugian yang bakal ditanggung oleh mereka rentetan daripada ketidakstabilan politik seperti mana yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Sekaligus akan melemahkan sistem ekonomi negara dan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang mundur.
Selain itu seramai 21000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang akan terjejas sumber pendapatan dan pencarian harian mereka akibat dari perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Perhimpunan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ribuan peniaga kecil di sekitar bandaraya Kuala Lumpur kerana mereka terpaksa menutup kedai kerana dikhuatiri akan berlakunya kerosakan dan kerugian akibat rusuhan yang berlaku. Selain itu, semua pusat membeli belah utama negara dan sistem pengangkutan awam LRT, komuter, putra dan monorel terpaksa ditutup. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini telah menjejaskan sumber pendapatan peniaga-peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur serta pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang. Perhimpunan seperti ini adalah tidak wajar dilakukan. Kita perlu bersyukur diatas keharmonian dan kemakmuran negara yang telah kita kecapi selama ini. Jelaslah bahawa menimbulkan keadan huru hara adalah matlamat utama Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.
           

SHAFIDAH BT SAAD
Alor Setar, Kedah.

Sunday, June 26, 2011

Iman Mutiara Hidup

Dengarlah pesan ku ini....
Janganlah terpedaya dengan kesenangan dan kebahagian hidup didunia ini. Kerana ianya tidaklah kekal. 
Berusahalah bersungguh menguatkan iman diri sendiri kearah keredaan Tuhan. Bersungguh2lah dan perbanyakkanlah beribadat dan berbuat kebajikkan kepada masyarakat kerana Allah!
Jangan sekali2 mengambil ringan soal ini! 
Kerana... pada satu hari... kita akan mati juga! 
Ajal maut kita tidak tahu. Ia boleh datang mendadak tanpa kita duga dan kita sangka.

Banyak sekali yang ingin aku sampaikan. 
Dan dengarlah pesanku yang diatas itu...

~Aku~

Alhamdulillah.... Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita manusia. Yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari. Begitu juga sekiranya kita merupakan seorang pemimpin... pemimpin kepada masyarakat, teman-teman mahupun untuk sesebuah organisasi yang besar atu kecil.... Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang baik dan akan bakal membawa kepada kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan blog ini hanyalah sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri ini, malah untuk mencoretkan isi hati dikala menjadi teman perkongsianku untuk saat-saat manis dan juga pahit. Hanya sekadar perkongsian untuk diri sendiri sahaja. Bukan untuk tatapan umum... Maaf teman-teman.... Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya, itulah yang aku pegang untuk membangunkan organisasi yang aku ketuai... Insyaallah, bersama-sama berdoa... semoga niat yang ikhlas ini mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. Inilah yang aku pegang selama ini.... menjadi seorang pemimpin, bukan mudah... memerlukan seribu pengorbanan... Pengorbanan yang tiada nilainya... tiada persamaan dengan wang ringgit...hanya seseorang yang menghayati dan menghargai nilai kepimpinan itu sahaja yang akan merasai kenikmatan pimpinan.

** Rajuk si dia, ketika menelefonku. Kenapa tidak membalas masej2 dan menjawab panggilan  dia... bukan merajuk...=( tetapi sedikit terkilan... biarlah hati ini sejuk sedikit.... Ketika itu, aku berada di Pulau Langkawi. Menghabiskan cuti semester sementara mengikuti kursus KPO.... bercuti bersama teman2 dan dia di Kuala Lumpur. Diteruskan lagi dengan kepulangan ku ke kampung halaman... tidak ku pilih untuk terus balik ke Kuala Lumpur selepas tamat kursus...sahaja mahu menguji..... dan mahu bertemu kedua ibubapaku... dan melihat suasana kampung yang sangat tenang dan damai itu... merehatkan fikiran setelah penat memikirkan hal-hal duniawi semata-mata... hehehe ** 

relaxs2kan fikiran.....=)


Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan ku.....

Manusia hari ini suka bersangka-sangka 
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak 
Orang yang relax disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap 
Orang yang makan sikit disangka diet 
Orang yang baik disangka buruk 
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek 
Orang yang masam disangka merajuk 
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang yang diam disangka menyendiri 

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk 
Orang yang nampak ceria disangka membela 

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ... 
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ... 
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 

Mana kita tahu ... 
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya 



Wednesday, June 15, 2011

Air Milo Cicah Biskut...=)

hrnie terlewat bangun subuh... =)
tepat jam 7.00 pg baru terbangun....haish...
lepas selesai menunaikan solat subuh, hehe...sambung tido...
smlm dh janji ngn NurFatin Afza nk teman die duty pagi nie....
ttpi memandangkan masih terasa sisa2 kepenatan semalaman dalam bas semalam, niat utk teman Ftin kubatalkan... 
hehe... sorry Aten...
lepas bgtau die x jadi nk turun bilik TV, aku terus sambung tido....
zzzzZZZzzzzzZZZzzzzzz....

hmmm....tidor ku diganggu lagi....
sempaat aku melihat jam di telefon ku...baru jam 8.40 pagi...
kali ni uncle Krishnan rajin dengan kerjanya... naik ke blok utk check kunci di setiap bilik...
semua bilik di ketuk2nyer....
mula2 bilik 40... 41... 42....
dan tibalah di bilik 43....bilik aku...
adui... malas nyer....nk menjawab...

lpas uncle turun...aku sambung tido lagi...
best plak rasanyer berbaring diatas katil... berselimutkan sleeping bag nie...
hehehe....",)

jam 9 pg... telefon aku plak berdering...
minta diangkat...
malas nk menjawab....nnt terdengar plak suara ku yg serak2 basah nie... maklumlah, baru bangun tido la katakan...
sempat ku menoleh skrin telefon ku...
kali nie no ofis kolej yang mangganggu ku...
aku sempat memikir, siapa yg menelefon...??
sama ada kak G yg telefon untuk mendapatkan senarai kejayaan KC yg diminta oleh pgwai BHEP smlam...
ataupun kak ani, utk bertanyakan urusan berkaitan MTM...ataupun MASUM.... hmmm...
x pun sama ada kak Sal....ntahla...
2 3 kali jugak telefon tu berdering....tp den wat x tau ajer... 
x nak angkat...
den nekad... den nak sambung tido...
den tutup telinga den ngan bantal busuk den....
rapat2... ketat2... sbb x nk dengar pn bunyi telefon tu....
hehee... nakal kan....=)

tepat jam 10.15 pg... aku terjaga...
alahai...terlajak plak tido...
den duty jam 10.30 laa...
lantas kusambar tuala di birai katil...mandi...
hmm... dh siap mandi....sepantas kilat bersiap...
just pakai t-shirt n tracksuit...
turun ke bilik TV...

maaf semua....lambat turun....
10.45 pg....
hehehee....
comel jer...

aduh... lapar plak...
nie la akibatnye.. br stay kt umah 3 hr....
dh disuap makan pg2... bangun tido jer dah terhidang sarapan pg atas meja...
kan dah balik kolej  ni terbiasa nk bersarapan....
hehee...

x tahan dah perut den nie...
ajak la si Fatin bersarapan...
den pn g laa amek air panas...
nk wat air milo laa kononnyer...
utk dicicah ngan biskut 1 tin...
hehehe...
best jugak nie, pg2 minum mila ngn biskut....=)
sempat gak den berangan...
kalau dapat nasi lemak sebungkus, best jgak nie...
x pun roti canai telur sebijik....
x pn roti canai kosong...cicah susu pekat manis....
alahai...mana la nk dapat....hehehe...


Tuesday, June 14, 2011

~ Bercuti ~

Bercuti....!!!
yea...yea....
hoo...ho...ho...
bestnyer... dapat gak bercuti akhirnya... slpas seminggu berpenat lelah di KC spnjang KPO ini....
setelah sekian lama menetap di kolej,akhirnya dpt jgak merelax2kan fkiran...
dengan harapan, cuti retreat kali nie memberikan pengalaman yg best2 belaka...
hmm... nk kate x pernah g langkawi, dh selalu benor dtg langkawi nie...
ape yg laen kali ialah datang ngn family MTM kolej....
hmm... nie yang best nie... at least dpt mengeratkan lg tali persaudaraan dan silaturrahim antara kami....
sepanjang KPO nie, bermacam2 pengalaman kami lalui bersama....
makan besama2 mcm satu family...
solat berjemaah...
maen badminton ptg2...
pinpong...
dan bermacam2 lagi laa.... yuhuu...

Di Langkawi... kami semua menginap di Eagle Bay Hotel... kt pekan Kuah... 
hr pertama sampai, sempat berehat sekejap...
tepat jam 2.30 ptg, sesi pembentangan pertama utk pgrm.aktiviti kolej dijalankan....
smua felo2 dan pengetua ada...
x habis takat itu ajer... malam diteruskan lg sesi pembentangan....
malah, keesokkan hari akan disambung lag pembentangan... tp berfokuskan bajet utk setiap pgram... pembentangan bajet dibuat pg sesi pagi, tengahari dan petang... manakala pada sebelah mlm plak, pembentang keseluruhan dilakukan oleh Saudari Peisha, selaku bendahari kehormat MTM... beliau ditugaskan utk membuat kesimpulan utk bajet semua pgrm MTM yang akan berlangsung sesi hadapan... 
aku plak, disebabkan x berapa sihat, aku dihantar oleh felo ke Hospital Langkawi...
DemAmmmm.... hehehe... penat sangat bekerja seminggu sblum nie... x cukup tido & rehat kate Doktor... hehehehe....=)

keesokan hari nyer.. kami berjalan2 laa...
pagi2 g melawat kilang membuat gamat... kilang batik...
astu balik makan tengahari...
petang g Cable Car... g jalan2 kat pantai....
ader yang bersukaneka di Pantai Chenang...
pastu balik bershopping coklat plak kt Pekan Kuah...
banyak giller aku borong coklat...
utk bekalan balik umah & balik UPM...hehehe
x lupa jgak utk **si Dia**.....
hehehe...=0)

nnt i upload gmbar yer... belum sempat transfer ag... hehe=)

nie gambar2 kt sane ea...hehehe...=)
 ketibaan di pulau Langkawi...

 sempat berpoosing jap....

 tepi pantai.....


 pemandangan sawah padi....

 dalam bot...hehe=)

pegang belangkas...huhu=)

 ngn NURFATIN AFZA & KAK INANI.... cable car....=)



pemandangan yang sangat cantik.... Subhanallah...=)

msti rindu saat2 indah di sana....
nnt nak datang lg....=)