Popular Posts

Sunday, June 26, 2011

Iman Mutiara Hidup

Dengarlah pesan ku ini....
Janganlah terpedaya dengan kesenangan dan kebahagian hidup didunia ini. Kerana ianya tidaklah kekal. 
Berusahalah bersungguh menguatkan iman diri sendiri kearah keredaan Tuhan. Bersungguh2lah dan perbanyakkanlah beribadat dan berbuat kebajikkan kepada masyarakat kerana Allah!
Jangan sekali2 mengambil ringan soal ini! 
Kerana... pada satu hari... kita akan mati juga! 
Ajal maut kita tidak tahu. Ia boleh datang mendadak tanpa kita duga dan kita sangka.

Banyak sekali yang ingin aku sampaikan. 
Dan dengarlah pesanku yang diatas itu...

~Aku~

Alhamdulillah.... Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaran-Nya buat kita manusia. Yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari. Begitu juga sekiranya kita merupakan seorang pemimpin... pemimpin kepada masyarakat, teman-teman mahupun untuk sesebuah organisasi yang besar atu kecil.... Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang baik dan akan bakal membawa kepada kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan blog ini hanyalah sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri ini, malah untuk mencoretkan isi hati dikala menjadi teman perkongsianku untuk saat-saat manis dan juga pahit. Hanya sekadar perkongsian untuk diri sendiri sahaja. Bukan untuk tatapan umum... Maaf teman-teman.... Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya, itulah yang aku pegang untuk membangunkan organisasi yang aku ketuai... Insyaallah, bersama-sama berdoa... semoga niat yang ikhlas ini mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani. Inilah yang aku pegang selama ini.... menjadi seorang pemimpin, bukan mudah... memerlukan seribu pengorbanan... Pengorbanan yang tiada nilainya... tiada persamaan dengan wang ringgit...hanya seseorang yang menghayati dan menghargai nilai kepimpinan itu sahaja yang akan merasai kenikmatan pimpinan.

** Rajuk si dia, ketika menelefonku. Kenapa tidak membalas masej2 dan menjawab panggilan  dia... bukan merajuk...=( tetapi sedikit terkilan... biarlah hati ini sejuk sedikit.... Ketika itu, aku berada di Pulau Langkawi. Menghabiskan cuti semester sementara mengikuti kursus KPO.... bercuti bersama teman2 dan dia di Kuala Lumpur. Diteruskan lagi dengan kepulangan ku ke kampung halaman... tidak ku pilih untuk terus balik ke Kuala Lumpur selepas tamat kursus...sahaja mahu menguji..... dan mahu bertemu kedua ibubapaku... dan melihat suasana kampung yang sangat tenang dan damai itu... merehatkan fikiran setelah penat memikirkan hal-hal duniawi semata-mata... hehehe ** 

relaxs2kan fikiran.....=)


Terima kasih kerana sentiasa mengingatkan ku.....

Manusia hari ini suka bersangka-sangka 
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk...

Orang yang suka beribadah disangka riak 
Orang yang relax disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap 
Orang yang makan sikit disangka diet 
Orang yang baik disangka buruk 
Orang yang buruk disangka baik

Orang yang suka senyum disangka mengejek 
Orang yang masam disangka merajuk 
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang yang diam disangka menyendiri 

Orang yang nampak menawan disangka pakai susuk 
Orang yang nampak ceria disangka membela 

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah

Mana kita tahu ... 
Yang senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu ... 
Yang diam itu kerana mengenangkan nasib masa depan dirinya

Mana kita tahu ... 
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya 

Mana kita tahu ... 
Yang ceria itu kerana cergas cerdas otaknya