Popular Posts

Friday, December 24, 2010

Isu Hangat : Pengharaman Logo 1 Malaysia oleh PKR/Kerajaan Negeri Selangor

KOMEN KAMI, KARISMA KEBANGSAAN :-

1) SHAFIDAH SAAD, SETIAUSAHA AGUNG KARISMA KEBANGSAAN

Wajarkah Larangan Pengguanaan Logo 1Malaysia
Abu Na’im bin  Bakri, Presiden Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Selangor tentang larangan penggunaan logo 1Malaysia. Larangan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor ini dikhaskan kepada iklan dan kain rentang. Saya mewakili semua Kelab KARISMA dari 22 universiti awam dan swasta seluruh Malaysia menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan tersebut. Hal ini kerana semangat 1Malaysia bukan sahaja telah memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan mahasiswa, malah masyarakat luar turut menyedari akan kepentingan semangat 1Malaysia. Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) melihat tindakan kerajaan negeri Selangor ini lebih bermotifkan politik. Demi kepentingan politik singkat pakatan rakyat di Selangor, mereka sanggup memperjudikan nilai keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia hari ini dan generasi akan datang. Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan yang terbaik yang dibawa oleh pimpinan negara dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, bertujuan untuk melahirkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya berusaha untuk memahami dan menerapkan kefahaman ini ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan perpaduan tanpa memihak kepada sesuatu kumpulan agama atau bangsa tertentu. Ia menerapkan konsep penerimaan dan juga kesaksamaan. Gagasan 1Malaysia merupakan ikon terbaik kerana mencerminkan nilai-nilai aspirasi yang menjadi platform kepada negara untuk mencapai wawasan negara maju.
Pada pendapat saya, adalah lebih baik tanpa membeza apa jua fahaman politik, tanpa membuat perbandingan antara kaum, keturunan serta agama, semestinya semua pihak perlu bersama-sama bergandingan bagi menjayakan gagasan 1Malaysia ini. Nilai-nilai aspirasi yang terdapat dalam konsep 1Malaysia iaitu Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Inovasi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan dan Integriti telah berjaya menjadi model penyatuan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Timbulnya isu pengharaman logo 1Malaysia ini adalah berpunca daripada perasaan pihak pembangkang yang tidak suka akan perpaduan yang telah sekian lama menapak dalam sanubari rakyat negara kita. Pihak pembangkang juga gentar dengan konsep dan gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, jesteru itu pimpinan pembangkang mengambil tindakan untuk memutar belitkan isu perpaduan ini.


2)  ABU NAIM, PRESIDEN KARISMA KEBANSAAN

MAHASISWA BANTAH PENURUNAN LOGO 1MALAYSIA!
Kenyataan akhbar melahirkan rasa kecewa saya dengan tindakan kerajaan negeri Selangor terutamanya kepada Majlis  Daerah Kuala Langat (MDKL) atas arahan segera penurunan logo satu Malaysia di sebuah kedai serbaneka semalam. Saya, Abu Naim Bin Bakri, selaku Presiden Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) mewakili 22 ipta/ipts kelab karisma kampus seluruh Malaysia menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dengan tindakan sedemikian kepada rakyat di negeri itu. Pada hari ini, Semangat satu Malaysia bukan sahaja telah Berjaya memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan mahasiswa malah masyarakat luar juga turut menyedari akan kepentingan semangat satu Malaysia ini. Kami karisma melihat tindakan kerajaan negeri Selangor ini lebih bermotifkan politik demi kepentingan politik singkat kerajaan di Selangor, mereka sanggup memperjudikan nilai keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia hari ini dan generasi akan datang untuk meraih simpati rakyat memihak kepada mereka pada pilihan raya umum yang akan datang. Mahasiswa pada masa kini siap sedia untuk mengaktifkan semangat satu Malaysia demi kepentingan keharmonian, perpaduan dan kebajikan rakyat di Negara Malaysia ini. Jesteru itu, kami sebagai barisan mahasiswa generasi kepimpinan masa hadapan  berasa amat kecewa dengan tindakan kepimpinan kerajaan negeri Selangor sedemikian. Tindakan arahan penurunan logo satu Malaysia di papan iklan, banting dan kain rentang merupakan satu langkah pimpinan kerajaan negeri Selangor memperlekeh keharmonian, semangat dan perpaduan rakyat di Negara Malaysia pada hari ini. Tindakan ini jelas mengambarkan kejahilan dan kelemahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang seolah-olah tamak kuasa dengan mengambil tindakan melulu yang hanya merugikan semua pihak. harapan kami agar kepimpinan  kerajaan negeri Selangor lebih bersikap profesional serta dapat memberi ruang kepada pihak pimpinan lain bagi membincangkan hal ini dengan lebih mendalam demi kepentingan agama, bangsa dan Negara malaysia.

3) MOHD UZAIR, NAIB PRESIDEN KARISMA KEBANGSAAN

Tindakan kurang bijak haram logo 1Malaysia
TINDAKAN Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan.
Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut.
Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya.
Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar.
Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas.
Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun.
Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini.
Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara.
Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan.
Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri.
Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti.
Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula.
Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini?
Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak.
Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat.
Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan.

SiswaKARISMA_Uzey
Kuala Lumpur



1 MALAYSIA... KEBANGGAAN KITA... PERPADUAN KITA SEMUA

No comments:

Post a Comment