Popular Posts

Friday, December 24, 2010

WAJARKAH LARANGAN PENGGUANAAN LOGO 1MALAYSIA


“Perpaduan, tolenrasi dan muafakat adalah tiga kata serangkai yang seharusnya menjadi ungkapan keramat dicipta, dipupuk dan diamalkan dalam perjuangan menegakkan sebuah Negara Malaysia merdeka, maju dan makmur.”

Namun apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Berikutan isu pengharaman logo 1Malaysia oleh kerajaan negeri Selangor dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor yang dikhaskan kepada iklan dan kain rentang di negeri Selangor ini jelas menunjukkan bahawa pihak parti pembangkang telah membelakangkan nilai-nilai perpaduan yang telah sekian lama sebati dalam sanubari masyarakat Malaysia. Pimpinan parti pembangkang menimbulkan isu ini (pengharaman logo 1Malaysia) kerana mereka merasa tergugat tentang penerimaan seluruh rakyat Malaysia yang menyambut baik gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri. Konsep 1Malaysia yang pada asasnya menekankan “elemen perpaduan nasional” ini merupakan kesinambungan agenda membina negara yang mana kemuncaknya ialah perpaduan nasional dikalangan rakyat berbilang kaum. Pihak pembangkang perlu dan seharusnya melihat gagasan 1Malaysia secara positif untuk kebaikan bersama, untuk kebaikan rakyat dan juga Negara Malaysia yang kita cintai ini. Untuk memastikan kemerdekaan Malaysia tidak terancam, betapa perlunya bangsa Melayu itu sendiri kekal bersatu dalam menjamin "survival" dan pembinaan negara Malaysia, namun itu bukanlah ancaman kepada kaum lain, untuk terus bersama-sama menikmati Gagasan 1Malaysia". Sebaliknya, pihak pembangkang pada hari pula melihat gagasan 1Malaysia ini sebagai ancaman kepada politik mereka. 

Kita seharusnya menyokong kerajaan yang mengambil pendekatan untuk menyatukan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama dengan menekankan aspek perpaduan dan kebersamaan. Pemimpin dan rakyat bergerak seiring untuk mencapai aspirasi negara. Tiada rakyat akan tertinggal dari arus pembangunan melalui gagasan 1Malaysia. Ini yang seharusnya difahami dan dimengerti oleh pihak pembangkang. Bukan hanya sekadar omoh kosong untuk memancing pengundi setiap kali tibanya pilihan raya. Konsep 1Malaysia bermakna meraikan kepelbagaian kaum di Malaysia, memahami budaya dan permasalahan mereka. Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan yang terbaik yang dibawa oleh pimpinan negara dalam mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, bertujuan untuk melahirkan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia. Kita sebagai rakyat Malaysia, sepatutnya berusaha untuk memahami dan menerapkan kefahaman ini ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Gagasan 1Malaysia merupakan pendekatan perpaduan tanpa memihak kepada sesuatu kumpulan agama atau bangsa tertentu yang menerapkan konsep penerimaan dan juga kesaksamaan. Gagasan 1Malaysia merupakan ikon terbaik kerana mencerminkan nilai-nilai aspirasi yang menjadi platform kepada negara untuk mencapai wawasan negara maju. Nilai-nilai aspirasi yang terdapat dalam konsep 1Malaysia iaitu Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Inovasi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Kebijaksanaan, Kesetiaan, Ketabahan dan Integriti telah berjaya menjadi model penyatuan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Timbulnya isu pengharaman logo 1Malaysia ini adalah berpunca daripada perasaan pihak pembangkang yang tidak suka akan perpaduan yang telah sekian lama menapak dalam sanubari rakyat negara kita. Pihak pembangkang juga gentar dengan konsep dan gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, jesteru itu pimpinan pembangkang mengambil tindakan untuk memutar belitkan isu perpaduan ini. Pada pendapat saya, adalah lebih baik tanpa membeza apa jua fahaman politik, tanpa membuat perbandingan antara kaum, keturunan serta agama, semestinya semua pihak perlu bersama-sama bergandingan bagi menjayakan gagasan 1Malaysia ini. Fikir-fikirkanlah untuk kebaikan bersama. Untuk kebaikan Negara kita Malaysia. 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) menyokong dan mendokong gagasan kerajaan, 1Malaysia.

SUARA MAHASISWA 1MALAYSIA
SHAFIDAH SAAD
SETIAUSAHA AGONG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA (KARISMA)
“MAHASISWA BERKARISMA, PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”

No comments:

Post a Comment