Popular Posts

Wednesday, June 29, 2011

BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

BAHAYA PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 9 JULAI 2011

Perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan sebuah perhimpunan haram yang bertujuan untuk memperbetulkan sistem pilihanraya negara yang kononnya dikatakan tidak bersih dan tidak adil. Mereka seolah-olah cuba menyembunyikan ketelusan SPR di dalam mengawal selia proses pengundian. Sebagai contoh, sewaktu Pilihanraya ke-11 (2004-2008) di negeri Kelantan, kedudukan kerusi DUN 24 PAS - 23 BN.         Dengan lebihan kemenangan satu kerusi di DUN Kemuning yang bermajoriti dua undi sahaja, PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Seandainya tiada ketulusan dan keadilan di dalam sistem pilihanraya negara, sudah pasti BN akan memanipulasi majoriti undi yang sedikit ini sekaligus menakluk negeri Kelantan. Hakikatnya perbuatan terkutuk ini sama sekali tidak berlaku. Pada PRU-12 yang lalu, Pakatan Rakyat memenangi lima buah negeri sebelum Perak diambil alih oleh BN dek kerana YB dari Pakatan Rakyat bertindak ‘lompat parti’ menyertai Bebas. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya yang telah dijalakankan, seharusnya mereka membubarkan DUN di negeri-negeri yang mereka takluki dan mengadakan proses pemilihan semula. Namun demikian, situasi ini tidak terjadi kerana segala omongan jahat mereka hanyalah retorik semata.  
Dalam tempoh dua bulan, Mei-Jun 2011, Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia telah berjaya menarik pelabur asing dalam nilai dagangan melalui pelaburan biomas di Malaysia, sehingga tahun 2020 adalah RM 100 bilion. Selain itu, nilai pelaburan Amerika Syarikat untuk tahun 2009 sebanyak RM109.21 bilion manakala untuk tahun 2010 pula sejumlah RM 117.32 bilion dan dijangka terus meningkat untuk tahun 2011 sebanyak RM125 bilion. Kesemua figura di atas tidak akan mampu dicapai jika negara berada di dalam keadaan tidak tenang dan huru hara kerana sudah terang lagi bersuluh para pelabur tentu akan berasa bimbang dan takut akan kerugian yang bakal ditanggung oleh mereka rentetan daripada ketidakstabilan politik seperti mana yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Sekaligus akan melemahkan sistem ekonomi negara dan menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang mundur.
Selain itu seramai 21000 pemandu teksi di sekitar Lembah Klang akan terjejas sumber pendapatan dan pencarian harian mereka akibat dari perhimpunan Haram BERSIH 2.0. Perhimpunan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan ribuan peniaga kecil di sekitar bandaraya Kuala Lumpur kerana mereka terpaksa menutup kedai kerana dikhuatiri akan berlakunya kerosakan dan kerugian akibat rusuhan yang berlaku. Selain itu, semua pusat membeli belah utama negara dan sistem pengangkutan awam LRT, komuter, putra dan monorel terpaksa ditutup. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa Perhimpunan BERSIH 2.0 ini telah menjejaskan sumber pendapatan peniaga-peniaga kecil di sekitar Kuala Lumpur serta pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang. Perhimpunan seperti ini adalah tidak wajar dilakukan. Kita perlu bersyukur diatas keharmonian dan kemakmuran negara yang telah kita kecapi selama ini. Jelaslah bahawa menimbulkan keadan huru hara adalah matlamat utama Perhimpunan Haram BERSIH 2.0.
           

SHAFIDAH BT SAAD
Alor Setar, Kedah.