Popular Posts

Thursday, December 30, 2010

CiNtA keRaNa ALLAH ~menurut Imam Al-Ghazali ~

~PeDoMaN AgAmA~

Cinta yang hakiki, yang berdasarkan kerana ALLAH semata-mata, ialah apabila kita mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya.  Misal cinta ini ialah cinta seorang murid kepada gurunya. Disebabkan menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya dan dengan ilmu itu maka si murid bakal mendapat keselamatan di akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana ALLAH semata-mata.

Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan ALLAH, atau orang yang suka mengundang tetamu ke rumahnya, lalu dihidangkan makanan lazat, semata-mata ingin mendekatkan diri depada ALLAH. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat, cinta ini dikira sebagai cinta kepada ALLAH.

Contoh yang lain lagi misalnya seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kepada ALLAH juga. Atau orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya dan memasak makananya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senang ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan lain sedang tujuan utama dari pekerjaan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakan ibadat, maka ia juga terkira pencipta kerana ALLAH.

Begitu juga, jika ia mencintai seseorang kerana orang itu mencukupi keperluannya dari segi wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang diperlukan untuk kehidupan di dunia, sedang maksud dari penderma itu supaya ia dapat melapangkan dirinya untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH, maka cintanya itu dikira kerana ALLAH juga.

Jika seseorang lelaki itu menikahi seorang wanita yang solehah untuk melindungi dari godaan syaitan, serta memelihara agamanya atau untuk menginginkan seorang anak yang soleh dari pernikahan itu, atau dia mencintai isterinya kerana menerusinya ia dapat sampai kepada tujuan-tujuan yang suci seperti contoh-contoh yang disebut diatas tadi, maka ia adalah seorang pencinta kerana ALLAH.

Bukan menjadi syarat-syarat cinta kerana ALLAH itu, kita mesti tinggalkan semua nasibnya dari harta kekayaan dunia sama sekali sebab para Nabi sering menyeru kita berdoa, agar ALLAH mencukupkan kedua-dua keperluan kita didunia dan akhirat.

Bila cinta kita kepada ALLAH menjadi kukuh, nescaya akan muncul dalam wataknya perasaan suka menbantu dan menolong, serta mengutamakan orang lain dari diri sendiri, bersedia untuk membelanjakan segala yang dimilikinya dari harta, jiwa dan nasihat yang baik.

Abu Bakar As-Siddiq, beliau telah menyerahkan puterinya Aisyah untuk dikahwinkan dengan Rasulullah sedangkan Aisyah itu cahaya matanya, kemudian dibelanjakan semua hartanya kerana ALLAH.

Dengan itu, disimpulkan, bahawasanya sesiapa yang mencintai orang alim atau adib, ataupun mencintai penuntut ilmu pengetahuan atau orang yang sepanjang masa beribadat atau membuat kebajikan, makan yakinlah bahawasanya ia mencintaiya itu kerana ALLAH, dan tentulah ia akan mendapat ganjaran pahala dan kurnia dari ALLAH menurut kadar kekuatan cintanya itu.


No comments:

Post a Comment