Popular Posts

Wednesday, January 5, 2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS SUHAIMI


Tindakan tegas perlu di ambil ke atas Suhaimi Shafie, ADUN Sri Muda yang telah menghina dan mencabar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tindakan kurang ajar Suhaimi yang mempertikai dan mempersoalkan pelantikan Mohammed Khusrin untuk  jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor sebaliknya ia merupakan kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Sultan Sharafuddin mesti bertindak mengikut nasihat majlis tersebut.
Suhaimi melalui penulisannya yang ditulis dalam blognya yang berbunyi “Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan!” Melalui penulisan ini jelas menunjukkan bahawa ADUN Sri Muda ini telah bertindak kurang ajar terhadap institusi Raja-raja. Suhaimi juga telah memperlekehkan nasihat Tuanku supaya Yayasan Selangor lebih prihatin dalam menguruskan kewangannya dan memberikan fokus ke atas amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas penubuhannya. Kenyataan Suhaimi ini dilihat seolah-olah Tuanku Sultan Selangor tidak tahu apa-apa tentang perkembangan negeri Selangor. Tindakan berani Suhaimi ini pada pendapat saya adalah satu kebiadaban dan pendurhakaan terhadap institusi Raja-raja di Malyasi. Atas tanggungjawab rakyat Malaysia dan berpegang kepada prinsip rukun Negara yang ke-2, iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”, kami Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) amat kecewa dengan tindakan tersebut. Kenyataan Suhaimi ini telah menghina serta menderhaka kepada institusi raja di Selangor. Saya yakin kenyataan ini juga berunsur hasutan terhadap institusi Raja-raja Melayu, khususnya KDYMM Sultan Selangor. Suhaimi juga telah menghasut rakyat untuk memerangi  dan bencikan institusi diraja Selangor. 
Perkara seperti ini seharusnya tidak berlaku. Hal ini kerana, Suhaimi sebagai orang Melayu seharusnya lebih memahami akan peranan Institusi Raja-raja Melayu di negara kita dan sewajarya beliau menghormati institusi ini dan bukannya bertindak membelakangkan Raja-raja Melayu. Tidakkah beliau memahami prinsip-Rukun Negara yang kedua ini?? Prinsip ini secara terang lagi bersuluh mengkehendaki rakyat Malaysia walau apa jua kaum untuk taat setia dan patuh kepada Institusi Raja-raja Melayu. Hal ini kerana Institusi Raja Melayu merupakan “payung negara” dan sangat penting dalam menjamin kestabilan negara yang menaungi seluruh rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan anutan kepercayaan agama. Kefahaman tentang perkara ini sangat penting untuk menjamin ‘survival’ orang Melayu dan merupakan lambang perpaduan rakyat. Perpaduan merupakan matlamat penting bagi negara kita.Tanpa perpaduan, pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan dengan lanca dan mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman dari dalam dan luar negara.

SHAFIDAH SAAD
SETIAUSAHA AGONG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA
(KARISMA KEBANGSAAN)
“MAHASISWA BERKARISMA, PEWARIS KEPIMPINAN NEGARA”


No comments:

Post a Comment