Popular Posts

Saturday, September 3, 2011


RAMADHAN MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA PRIHATIN

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda : Apabila tiba bulan Ramadhan segala pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan semua syaitan dibelengu. (Riwayat al-Bukhari & Muslim). Itulah kelebihan bulan Ramadhan.
Masyarakat Islam digalakkan melakukan amal kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia ini. Malah, individu dan golongan yang berkemampuan juga digalakkan membantu golongan yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan juga warga emas. Hal ini agar kebajikan golongan kurang berkeupayaan tersebut dibela menjelang hari seluruh umat Islam menyambut Aidilfitri.  Pemberian atau sumbangan yang terbaik adalah pemberian yang ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa bentuk balasan. Pemberian ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan tersebut dan juga dapat memberi sedikit sinar keceriaan kepada mereka untuk menyambut Aidilfitiridengan meriah. Tidak dapat dinafikan, pemberian atau sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberikan keselesaan kepada mereka di Aidilfitri.
Sebagai contoh, melalui penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri sempena Program Semai Bakti kepada golongan OKU, pada 4 Ogos lalu di Kota Kinabalu jelas menunjukkan keprihatian Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan kepimpinan negara. Saban hari ada sahaja majlis ramah mesra dan penyampaian sumbangan yang dilakukan oleh organisasi-organisasi yang berhati luhur ini. Tindakan ini seharusnya dicontohi oleh semua masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, terdapat juga usaha yang dilakukan oleh organisasi tertentu dalam membela nasib anak-anak yatim. Menerusi program “Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata” ia juga merupakan wadah terbaik masyarakat Malaysia dalam memperlihatkan keprihatinan masyarakat kepada anak-anak yatim di Malaysia. Melalui program ini, pihak penganjur telah memberikan sumbangan pakaian baru untuk didermakan kepada rumah anak-anak yatim yang kurang diberi perhatian. Usaha murni ini juga tela mendapat perhatian masyarakat yang juga turut menyampaikan sumbangan. Program-program seperti ini ia secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan komuniti serta mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat di Malaysia.
Perkara seperti ini perlu diberikan pujian dan juga perhatian. Ternyata bulan Ramadhan merupakan bulan yang mampu membentuk sifat-sifat terpuji dan juga mampu membentuk jiwa merdeka. Kelebihan bulan Ramadhan mampu membentuk kita menjadi lebih sabar, kuat dan kental menghadapi cabaran. Oleh itu, eloklah kiranya kita mengambil kesempatan Madrasah Ramadhan pada tahun ini untuk menyucikan jiwa, menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan memohon keberkatan daripada Allah s.w.t..

SHAFIDAH BINTI SAAD
SETIAUSAHA AGUNG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA (KARISMA)

No comments:

Post a Comment