Popular Posts

Thursday, January 6, 2011

Kekeliruan Menghimpit Diriku

6 Januari 2011


Semalam, 5 Januari 2011 kami barisan MTMKC mengadakan mesyuarat ringkas utk persiapan Dialod MTM pada esok malam.... hmmm, berdebar2 sunggu menunggu hari esok... berdebar utk berhadapan dgn soalan2 yg bakal diajukan oleh warga... tp aku mengharapkan agar ada teguran membina dan juga pendapat serta penambahbaikan oleh warga kolej kpd kami, barisan pimpinan kolej... ape2 pn aku sangat berterima kasih kpd semua MTM yang memberikan komitmen yang tinggi serta kerjasama yang sangat baek....

& hrnie....6 Januari 2011....telah berlalu sesi Dialog MTM.. pgrm hrnie dimulakan dengan majlis Damak Gabungan Blok... sungguh membanggakan, kehadiran warga kolej yg begitu ramai sekali.... penuh segenap penjuru Pusat Kegiatan Pelajar dengan muslimin dan muslimat kolej... majlis dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah, solat hajat, bacaan yassin, sedikit tazkirah ringkas oleh Saudara Zubaidi...& diakhiri dengan solat isyak berjemaah... selepas selesai majlis, sesi pemberian merit kepada hadirin yang hadir ke majlis Damak Gabungan Blok...n semua warga dijemput manikmati makanan yang telah disediakan....

Majlis Dialog dimulakan pada jam 9.20 malam... kehadiran pada malam ini kurang memuaskan... maybe kerana ada pelajar yang terus balik ke bilik.... yang ramai hanya pelajar tahun pertama, sedikit sahaja pelajar tahun kedua, ketiga dan tahun akhir....

Hmmm... sesi dimulakan dengan sesi dialog dengan pihak pengurusan kolej... beberapa soalan diajukan oleh warga...n tuan Pengetua yang bertindak untuk menjawab semua soalan tersebut... selepas selesai sesi dengan pihak pengurusan kolej, sesi Dialog diteruskan dengan sesi bersama MTM kolej... hmmm, x banyak sangat soalan yang diutarakan oleh warga...soalan hanya berkisar dengan hal berkaitan kemudahan di kolej...kebajikan warga...kelengkapan dan kemudahan sukan....aktiviti rekreasi...alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar....

Terima kasih kepada semua felo yang hadir...Kak Ila, Kak Enani, En Izrul, En Syahrudin...
Zaim & Uncle yang sudi membantu utk set up tempat & PA sistem....terima kasih kpd Pengetua...yang menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh pelajar...terima kasih....
terima kasih juga kepada warga kolej yang hadir...kepada senior2 yang memberikan soalan dan juga pendapat yang bernas....utk kebaikan kita bersama...utk kolej yang kita cintai ini....


**Hati aku berdebar memikirkan hal berkaitan program2, tanggungjawab yang diamanahkan... kadang2 rasa x tertanggung....mcm bnyk benda jer kena siapkan... hmmm....pening gak kadang2.... tp, walau apapun, aku akan tabah menghadapi semua rintangan ini....akan aku hadapi & harungi hingga berjaya... terima kasih kepada sahabat, keluarga dan juga individu yang sentiasa menyokong aku...terima kasih kalian semua...terima kasih...**



~** hati kadang2 terasa sakit apabila kita mengingati seseorang, tapi hati ini tidak dihargai....tidak langsung diambil peduli... kadang2 rasa diri ini tidak dihargai oleh seseorang yang bernama LELAKI.... bila diri ini diperlukan, barulah dicari... bila tidak diperlukan, tidak akan diendahkan, dibiarkan begitu sahaja dengan seribu tanda tanya...tp walau apa pn, aku cuba berfikiran positif, hmmmm mungkin die sibuk dengan tugas dan tanggungjawabnya... cuba tenangkan hati...positifkan minda....relaks3x...**~





2 comments:

  1. tabahkan diri ye fidah...tolak tepi la hal lelaki...haha..setuju sgt ngn fidah, bila nak je dicari...

    ReplyDelete
  2. hehehe....kak aida....betul2...

    ReplyDelete