Popular Posts

Thursday, January 27, 2011

AKTIFKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA! MAHASISWA KARISMA MEDIA PERANTARA GAGASAN 1 MALAYSIA

AKTIFKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA!
MAHASISWA KARISMA MEDIA PERANTARA GAGASAN 1 MALAYSIA

Mahasiswa Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA)

23 Januari 2011 (Ahad) – Mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA) gabungan Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Malaya (UM), Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), PTPL-MSU dan Universiti Teknikal  Malaysia (UTEM) berkampung di kawasan (DUN) Kuang dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhapat masyarakat setempat.
Mahasiswa KARISMA menjadi penggerak dan wadah dalam menyampaikan Gagasan Kerajaan 1 Malaysia. Golongan mahasiswa ini telah mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dan menyebarkan maklumat serta informasi mengenai Gagasan 1 Malaysia. Langkah ini diambil kerana pada hari ini, suara mahasiswa lebih didengari oleh masyarakat dan mesyarakat setempat menerima kehadiran mahasiswa serta menyambut baik usaha mereka dalam menerangkan dan menyampaikan nilai-nilai aspirasi dalam gagasan 1 Malaysia. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan dalam memastikan pelbagai segenap lapisan masyarakat memahami nilai-nilai tersebut. Diantara aktiviti yang dijalankan melalui Program PERTIWI ini yang bertujuan untuk menyemai semangat 1Malaysia ialah pertandingan Cabaran Minda 1Malaysia, Peraduan Teka Bina 1Malaysia, Pertandingan Explorace 1Malaysia, Program Ziarah rumah masyarakat kampung dan khidmat masyarakat, Pertandingan Futsal dan Malam Aspirasi. Pada Malam Aspirasi tersebut, pengisian menarik telah dijalankan iaitu ceramah keibubapaan yang bertajuk “Ibubapa 1Malaysia sebagai motivator” yang disampaikan oleh penceramah dan pakar motivasi terkemuka negara kita iaitu Dato’ Dr. Mohd Fadzillah Kamsah.

            Melalui program PERTIWI ini, mahasiswa KARISMA berfungsi sebagai penggerak dan wadah dalam menyampaikan hasrat kerajaaN Gagasan 1Malaysia. Penerapan nilai-nilai 1Malaysia ini diterap melalui aktiviti-aktiviti tersebut dan masayarakat secara tidak langsung dapat mengetahui, memahami dan dihayati nilai-nilai dalam Gagasan 1Malaysia. Dalam sedar ataupun tidak, golongan mahasiswa yang merupakan kelompok terbesar dalam populasi masyarakat di Malaysia kini telah memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dengan mendekatkan diri terhadap golongan masyarakat. Hal ini sangat penting untuk masa depan negara kerana mempunyai banyak tenaga, idea serta penggerak muda yang akan meneruskan agenda pembangunan Negara.

Program yang dijalankan ini adalah kerjasama Institut Perkembangan Minda (INMIND), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan melibatkan mahasiswa daripada Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (KARISMA). Program in mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat serta segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.


SHAFIDAH BINTI SAAD
SETIAUSAHA AGUNG
KUMPULAN RAKAN SISWA MALAYSIA
(KARISMA)

























Pertandingan Bina 1Malaysia


Cabaran Minda 1Malaysia melibatkan masyarakat kampung yang dikendalikan oleh Institut Perkembangan Minda (INMIND)



Peraduan Teka Bina 1Malaysia

Ahli KARISAM mengedarkan borang Peraduan Teka Bina 1Malaysia





























Program Ziarah 1Malaysia dan khidmat Masyarakat

Ahli KARISMA membersihkan rumah penduduk kampung
Bergambar kenangan bersama masyarakat setelah menyampaikan sumbangan


Beramah mesra  bersama ahli keluarga semasa Program Ziarah 1Malaysia





Pertandingan Futsal 1Malaysia




KARISMA menyokong gagasan kerajaan : 1Malaysia




Ahli KARISMA 

No comments:

Post a Comment